CADANGAN & PERATURAN TETAP KEM ELITE



Sepanjang 2 hari 1 malam kem ini berlangsung, anda dicadangkan;

1. Membawa pakaian yang bersesuaian untuk aktiviti outdoor dan mencukupi. Digalakkan membawa     lebih pakaian sebagai persediaan.

2. Sepanjang aktiviti outdoor, anda harus memakai kasut. Tidak dibenarkan memakai selipar kecuali       masa santai seperti makan, solat dan siap diri.

3. Ubat-ubatan peribadi (jika anda ada situasi) hendaklah dibawa. Pihak penganjur ada menyediakan       peti kecemasan yang umum sahaja berdasarkan pengurusan risiko yang telah dikenalpasti.

4. Mempunyai set minda menginap di kem. Kemudahan di kem adalah sangat terhad dan tidak resort     terkenal. Anda berpeluang untuk merasai kenikmatan pemandangan dan suasana ala-ala kampung.

5. Membawa beg galas. Hari ke 2 kem, aktiviti jungle trekking akan dilakukan. Anda digalakkan             membawa beg galas untuk tujuan membawa bekalan-bekalan yang berkaitan seperti air, catatan          dan sebagainya. Ia akan memudahkan perjalanan aktiviti di dalam hutan.

6. Membawa topi/ pelindung kepala. Ia dapat melindungi diri anda dari sebarang risiko.

7. Busur peribadi (jika ada). Dalam kem ini, anda akan melakukan aktiviti arrow tuning. Jika anda           sudah memiliki busur, anda juga berpeluang berkongsi cerita tentang busur yang anda miliki.



PERATURAN YANG HARUS DIPATUHI

1.  Anda dilarang merokok di kawasan kem. Ia adalah bertujuan keselamatan.

2. Anda dilarang membawa bahan-bahan yang berisiko dan membahayakan diri dan orang lain              seperti mercun, senapang pistol, pedang atau apa sahaja barangan yang memerlukan lesen/ permit      ke dalam kem.

3. Jika anda mempunyai hal kecemasan yang memerlukan tindakan untuk keluar dari kawasan kem,       anda hendaklah memaklumkan kepada pihak penganjur agar situasi anda adalah maklum.

4. Anda digalakkan berehat setelah jam 12 malam. Tidak digalakkan untuk meneruskan sebarang           aktiviti malam bagi mengurangkan risiko kesihatan.